Sunday 20 October 2013

Makanlah coklat

Coklat kaya dengan kandungan anti oksidan iaitu fenol dan flavonoid. Anti oksidan mampu membunuh radikal bebas dalam tubuh. Kandungan anti oksidan di dalam coklat adalah 3 kali lebih banyak berbanding dengan kandungan anti oksidan dalam teh hijau.
Fenol sebagai anti oksidan dalam coklat mampu mengurangkan kolesterol dalam darah. Minuman coklat sangat baik untuk tubuh. Ia juga mampu mencegah kanser, serangan jantung atau stroke. Kandungan coklat yang berkualiti tinggi terbukti bebas kolesterol dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

Coklat untuk kesihatan :
Coklat mencegah penuaan awal. Terdapat mask muka yang berasaskan coklat yang mampu memulihkan sel kulit mati dan mencantikkan wajah.

Jenis-jenis coklat paling sihat :
1. Dark Chocolate ( coklat asli )
Daripada biji koko asli tanpa gula dan agak pahit.
2. White Chocolate ( coklat putih )
Mengandungi butter choc yang terkandung gula tambahan sedikit.
3. Milk Chocolate ( coklat susu )
Campuran koko dan juga susu untuk minuman.

Makanlah coklat yang terbaik:
Kesilapan yang kita sering lakukan ialah membeli coklat yang berharga murah. Biasanya coklat murah mengandungi kandungan biji koko yang kurang dari 20% bahkan ada juga yang kurang dari 7%. Coklat jenis ini mengandungi kandungan gula yang berlebihan dan lemak tepu yang tinggi yang mana tidak sihat untuk tubuh kita.
Jika anda tidak sensitif terhadap coklat yang anda makan ia akan merosakkan gigi dan membawa kepada penyakit diabetes.








0 comments: